Monday, 22 July 2013 | By: Amandine Ronny Montegerai

Kebendaan dan Peperangan Dalaman




Dan seorang lelaki duduk berseorangan. Diselebungi Kesedihan yang mendalam. Dan kesemua binatang mendekatinya dan berkata: "Kami tidak suka melihat kamu dalam kesedihan..." "Mintalah apa saja hajat kamu kepada kami, dan kami akan tunaikannya." Lelaki itu berkata: "Saya mahu penglihatan yang bagus." Burung ereng membalas: "Ambilah penglihatan saya." Lelaki itu berkata lagi: "Saya mahu menjadi kuat". Harimau berkata: "Kamu akan menjadi kuat seperti saya." Kemudian lelaki itu berkata: "Saya mahu mengetahui kesemua rahsia-rahsia dunia ini." Ular itu membalas: "saya akan tunjukannya kepada kamu." Dan lelaki itu kemudian pergi bersama binatang-binatang tersebut. Dan apabila lelaki itu mendapat kesemua hajatnya...dia pergi. Kemudian burung hantu berkata kepada haiwan-haiwan lain: "Sekarang lelaki itu amat berpengetahuan dan berupaya melakukan banyak benda... "Tiba-tiba saya berasa bimbang" Rusa berkata: "Lelaki itu mempunyai segala yang dia perlukan." "Sekarang kesedihannya akan berhenti." Tetapi burung hantu tadi membalas: "Tidak!!" "Saya nampak sebuah lubang dalam lelaki itu... "Lubang itu seperti satu kelaparan yang tidak akan dipenuhi... "Itulah yang membuatnya sedih dan sentiasa memahukan sesuatu." "Dia akan meneruskan perjalanannya mengambil dan mengambil... "Sehingga satu hari Dunia ini akan berkata: "Saya sudah tiada apa-apa yang boleh saya beri lagi."

Doll Face
http://www.youtube.com/watch?v=zl6hNj1uOkY
(Nota: Walaupun sekuat mana kamu mencuba, kamu tidak akan mencapainya)

Evolution (Dove Commerical)
http://www.youtube.com/watch?v=tbb8D-u8ues
(Nota: Tidak hairanlah mengapa pandangan kita tentang kecantikan sudah terpesong)

Gambar 1:Storyteller
Gambar 2: Greed man
Gambar 3: Quel Prix Pour Ces Diamants?