Tuesday 17 January 2012 | By: Amandine Ronny Montegerai

Sample Mayat Vaksin Selesema

                                                                     Sir Mark Sykes
Biarpun telah meninggal dunia hampir 90 tahun lalu, namun kubur milik seorang bangsawan Inggeris bernama Sir Mark Sykes, masih diperlukan dan digali semula pada tahun 2009 lalu. Sir Mark Sykes, adalah jutaan mangsa yang mati akibat serangan Selesema Spanish atau Spanish Flu yang melanda eropah pada akhir tahun akhir perang Dunia Pertama. Beliau meninggal dunia Pada 16 Februari 1919 di Hotel Lotti, Paris Perancis.


   Mengikut laporan daripada agensi berita tempatan,BBC, penggalian tersebut dilakukan oleh sekumpulan Pakar Virologi dari Queen Mary’s College,London. Kumpulan penyelidikan berkenaan terlibat dalam satu misi penyelidikan khas untuk menyelesaikan kes penularan sejenis Virus Selesema.
   Berdasarkan kajian yang dilakukan sebelum ini, mereka telah menemui satu petunjuk baru yang dikenali Influenza Pandemik. Virus ini merupakan sejenis wabak selesema yang amat merbahaya dan mampu menyerang sebahagian besar Populasi manusia di dunia ini.

                                                              Profesor John Oxford


Menurut ketua kumpulan penyelidikan tersebut,  Profesor John Oxford, pihaknya telah berusaha selama dua tahun meminta kebenaran khususnya daripada pihak keluarga Si mati untuk melakukan proses penggalian kubur bangsawan itu. Ini kerana, didapati jasad bangsawan berkenaan memiliki satu DNA (Deoxyribonucleic Acid) Spanish Flu yang mempunyai persamaan dengan struktur genetik virus Moden-Influenza Pandemik.
   Berdasarkan kajian yang dilakukan sebelum ini, DNA wabak tersebut mungkin boleh dijadikan Vaksin untuk melawn penularan Virus Influenza Pandamik. Jelasnya lagi, penemuan tersebut adalah sesuatu yang mengagumkan. Namun, setakat ini ia masih lagi diperingkat kajian. Jeseru, satu proses bedah siasat dilakukan ke atas jasad Sykes untuk mendapatkan keputusan yang selanjutnya. Dalam proses ini, ia dilakukan di dalam sebuah makmal khas yang kedap udara bagi mengelakkan wabak berkenaan merebak ke udara.

                 Serangan wabak selesema telah menyebabkan ramai orang yang kehilangan nyawa.

Sehingga kini, masyarakat dunia telah melalui tujuh serangan wabak selesema yang berskala besar. Ia bermula pada tahun 1889 hingga 1890, apabila sejenis wabak yang dikenali Russian Flu (H2N2) telah menyebabkan sejuta orang kehilangan nyawa.
   Selepas itu, pada tahun 1918 hingga 1920, masyarakat dunia berdepan dengan wabak selesema Spanish (H1N1 tipe-A). dianggarkan, 25 hingga 90 juta orang meninggal dunia akibatselesema ini. Pada tahun 1957 hingga 1958, wabak selesema Asian Flu (H2N2 tipe-A) pila menyerang dunia dan mengakibatkan sejuta orang mati.

             Masyarakat di dunia telah melalui tujuh serangan wabak selesema yang berskala besar.

Ia kemudiannya dituruti dengan satu lagi serangan wabak selesema yang digelar Hong Kong Flu (H3N2 tipe-A) pada tahun 1968 hingga 1969. Jumlah kematian tidak dapat dipastikan. Namun dianggarkan mencapai jutaan orang maut akibat abak tersebut. Pada November 1999 hingga 2000, satu lagi wabak selesema menyerang manusia populasi manusia. Wabak tersebut digelar sebagai (H3N2 tipe-A). yang paling terbaru, Virus (H1N1 tipe-A) menular ke seluruh pelosok dunia pada April 2009.
   Wabak selesema biasanya akan merebak melalui haiwan iaitu burung (type A). Secara sainstifiknya, wabak tergolong dalam kelompok Orthomyxoviridae. Dalam kelompok ini , ia biasanya akan menjangkiti unggas (type B) dan bagi spesies mamalia dan manusia (type C).



   Sejarah perubatan telah mencatatkan bahawa bedah siasat atau Post- mortem ke atas  mayat telah dilakukan sejak berabad lalu. Perkembangan dari semasa ke semasa melalui kajian dan pengajian ahli sanis perubatan telah menghasilkan teknologi moden dalam ilmu forensik. Justeru, ia menjadi lebih mudah untuk menyiasat punca sebenar seseorang yang telah meninggal dunia.
   Bagi kes sepeti wabak selesema, kebarangkalian sesuatu DNA mayat sama ada boleh dijadikan Vaksin atau tidak begantung pada tiga peringkat proses Post-Mortem. Peringkat pertama, pengumpulan sampel beberapa organ yang penting iaitu, paru-paru, ginjal, otak, hati, jantung dan sebagainya. Kaedah ini amat penting dalam penyiasatan forensik untuk mengetahui punca kematian seseorang yang diakibatkan oleh wabak selesema.

                                                                         H1N1

   Di peringkat kedua, cebisan organ-organ yang telah dikumpulkan akan dibawa ke makmal khas untuk diuji. Di dalam proses uji kaji ini, wabak selesema akan dikenal pasti erlebih dahulu dengan menggunakan satu alat khas iaitu mikroskopik- sejenis alat bantuan pengesan untuk melihat objek-objek yang terlalu kecil. Selepas dikenal pasti, ia akan diuji di dalam inkubator iaitu alat pemanas untuk tujuan proses pembiakan virus selesema. Kebiasaannya, Ia dilakukan dalam tempoh masa 24 jam pada suhu 37 darjah Celsius.
   Setelah selesai peringkat kedua, uji kaji seterusnya akan dilakukan ke atas haiwan untuk mendapat keputusan Post-Mortem. Di dalam uji kaji ini, ia biasanya dilakukan dengan menggunakan tikus putih. Pada peringkat ini ia selalunya memakan masa yang lama dan perlu dilakukan berkali-kali sehingga wabak selesema yang dikenal pasti dapat dicegah.  


                                              Kesan daripada Wabak selesema tersebut.

                                                                                                                                Sumber Google.com