Monday 23 January 2012 | By: Amandine Ronny Montegerai

Objek yang lebih laju dari cahaya


Pada bulan September tahun lalu, sekumpulan ahli fizik dari Eropah yang diketuai oleh Timbalan Ketua institut Fizik Nuklear dan Fizik Partikel Kebangsaaan Perancis, Stavros Katsanevas telah menggemparkan dunia sains apabila menyatakan mereka telah menemui sejenis zarah komposit yang bergerak melebihi had laju alam semesta. Zarah yang dikenali sebagai Neutrino itu dikatakan mampu bergerak pada kelajuan 300,006 kilometer sesaat, iaitu enam saat lebih laju daripada cahaya.

Albert Einstine
Sejak berkurun-kurun lamanya, manusia telah menjadikan cahaya sebagai kayu pengukur had kelajuan maksimum di alam semesta ini. malah, ada sebahagian ahli sains dunia yang percaya cahaya merupakan objek yang paling laju dia alam semesta. Dengan kata lainnya, mereka berpendapat tidak ada lagi objek atau  entiti lain yang mampu bergerak melebihi kelajuan cahaya.

Sejarah membuktikan bahawa, seaawal abad Masihi lagi manusia telah pun mengeluarkan pelbagai pendapat dan pandangan mengenai pergerakan dan kelajuan cahaya. Antara yang terawal yang menyatakan kelajuan cahaya diukur ialah seorang falsafah Greek kuno yang bernama Empedocles. Beliau menyatakan, cahaya adalah suatu komponen yang sedang bergerak dan ia akan mengambil masa untuk bergerak.

Pada zaman pertengahan, Ibnu Haitham mempunyai pandangan yang berbeza tentang cahaya. Beliau menyatakan kelajuan cahaya adalah terhad. Semantara Johannes Kepler pula berpandangan sebaliknya dengan mengemukakan teori kelajuan cahaya yang tidak terhingga.

Pada tahun 1676, orang pertama yang cuba mengukur kelajuan cahaya ialah Ole Romer. berdasarkan pengamatannya terhadap fenomena gerhana yang berlaku di Musytari, Romer merumuskan cahaya bergerak selaju 220,000 kilometer sesaat. Sementara itu pada 1728, James Bradley pula mengeluarkan hipotesis bahawa cahaya adalah malar. Bradley menggunakan teori penyimpangan cahaya dan mendapati ia bergerak pada kelajuan 185,000 batu sesaat.

Ole Rømer merupakan orang pertama yang cuba mengira kelajuan cahaya tetapi nilai yang didapati agak jauh tersasar dari nilai sebenar.
Selepas itu,pada awal abad ke-20, Einstein pula muncul dengan teori kerelatifan. Beliau menyatakan, sekiranya  wujud objek yang lebih laju daripada cahaya, ruang dapat dipendekkan. Berkemungkinan besar, jika kelajuan melebihi cahaya itu benar-benar wujud, manusia akan mampu mengembara merintasi masa.

Sehingga pada tahun 1983, saintis moden sepakat menetapkan kelajuan cahaya dalam vakum adalah 299,792,468 meter sesaat. Nilai itu telah dibundarkan menjadi 300,000 atau 180,000 batu sesaat.
Selepas penetapan itu dibuat, beberapa saintis dari seluruh pelosok dunia cuba mencari jawapan apakah wujud sesuatu objek yang ditakrifkan sabagai TACHYON - entiti atau objek yangg lebih laju dari cahaya.

Antara lain, ia turut melibatkan uji kaji partikel-partikel halus. bagaimanapun, beberapa eksperimen yang dijalankan sebelum ini telah dianggap gagal kerana objek-objek tersebut tidak mampu untuk menyaingi kelajuan cahaya.



Namun, pada 23 September 2011, sekumpulan saintis Perancis telah menggegarkan dunia sains apabila dikatakan telah berjaya menjumpai sejenis partikel halus yang bergerak lebih laju dari cahaya. Partikel yang dinamakan sebagai Neutrino itu telah diukurkan melalui trajektori sepanjang 732 kilometer antara Pusat Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) di Switzerland dengan sebuah makmal di Itali.

Mereka mendapati, zarah itu bergerak secara malar enam kilometer sesaat lebih laju darioada cahaya. Menerusi transformasi yang kompleks, beberapa proton tiba di destinasi sebagai Neutrino dengan perjalanan merentas kerak bumi.

Menurut jurucakap projek eksperimen berkenaan, Antonio Ereditato, pada mulanya mereka hanya ingin mengukur kelajuan partikel Neutrino sahaja. Namun, tanpa disangka keputusan yang diperoleh sangat mengejutkan.

Starvros Katsanevas
Bagaimanapun, keputusan eksperimen itu telah menimbulkan perdebatan dikalangan ahli sains seluruh dunia. kebanyakan saintis beranggapan keputusan uji kaji itu tidak tepat dan mungkin mengalami kesilapan statis tikal. Tetapi ketua pasukan penyelidikan itu, Starvros Katsanevas menyatakan, ujian tersebut telah dilakukan beberapa kali dan keputusan yang didapati adalah hampir sama. Jesteru, mereka akan cuba melakukan beberapa ujian lagi mengenai pengerakan partikel carah ini bagi membantu mereka menjawab kritikan yang dilemparkan.


Sekiranya partikel ini benar-benar mampu bergerak lebih laju dari cahaya, tidak bermakna perkara ini telah menyaanggah teori kerelatifan Einstein. Ini kerana, Einstein tidak pernah menyatakan cahaya sebagai had laju maksimum di alam semesta, tetapi hanya meletakannya sebagai nilai pemalar yang menjadi ukuran sahaja. Selain itu lagi, secara fiziknya jika eksperimen itu benar-benar berjaya, tidak mustahil suatu hari nanti manusia juga mampu untuk kembali ke masa silam. Bagaimanapun, ia hanya sekadar teori sahaja dan masih lagi diperingkat kajian.